Dolly Parton terima suntikan vaksin yang dibiayainya

Agensi
Mac 3, 2021 10:27 MYT
Parton menyumbangkan AS$1 juta untuk penyelidikan COVID-19, yang sebahagiannya digunakan untuk membiayai vaksin Moderna. - Gambar REUTERS
DOLLY Parton menerima suntikan vaksinasi COVID-19 pertamanya dengan penuh bergaya.
Bintang country Amerika Syarikat itu menerima suntikan vaksin Moderna di Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville dan memuat naik video rakamannya ke akaun Twitternya pada hari Selasa.
Rakaman selama empat minit itu dimulakan dengan Parton menyanyikan lagu hitnya, Jolene dengan lirik yang sudah diubahsuai untuk disesuaikan dengan situasi tersebut.
Doktor kemudiannya dipanggil untuk menjalankan proses vaksinasi.

Dolly gets a dose of her own medicine. @VUMChealth pic.twitter.com/38kJrDzLqC

— Dolly Parton (@DollyParton) March 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sudah menunggu sejak bulan Disember, saya sudah lama 'masuk barisan' ", guraunya.
Tahun lalu, Parton menyumbangkan AS$1 juta untuk penyelidikan COVID-19, yang sebahagiannya digunakan untuk membiayai vaksin Moderna.
"Saya berjaya!" itu sorakan Parton sebaik proses tersebut selesai.
#vaksin #COVID-19 #Amerika Syarikat #Moderna #hiburan #penyanyi