"Doakan yang baik-baik" - Natasha Hudson akhirnya dedah wajah suami
Gempak
Disember 14, 2018 20:00 MYT
Disember 14, 2018 20:00 MYT
SETELAH hampir seminggu berdiam diri daripada memberikan sebarang kenyataan mengenai pernikahan keempatnya, pelakon Natasha Hudson akhirnya tampil mendedahkan wajah suaminya.
Menerusi kemas kini terbaharu, Natasha memuat naik sekeping foto dirinya berjubah hitam dan ditemani suaminya yang berjubah putih di sebelahnya.
"Doakan yang baik-baik saja," tulis Natasha ringkas berserta sepotong ayat al-Quran.
Biarpun tidak menyatakan secara khusus jejaka yang duduk bersebelahannya itu suaminya, ramai yang merakamkan ucapan tahniah buat pasangan itu dan menganggap lelaki berkenaan adalah insan istimewa dalam hidup Natasha.
Sebelum ini, foto perkahwinan Natasha hanya dimuat naik oleh adiknya, Tania Hudson.
Ruangan komen foto Instagramnya juga kini sudah dibuka untuk peminat melayangkan ucapan buat pasangan pengantin baru itu.
Menurut laporan media, Natasha telah melangsungkan perkahwinan dengan usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada Jumaat lepas.
Majlis pernikahan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian itu hanya dihadiri keluarga rapat sahaja.
Oktober lalu, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012.
Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Kalila dan Faatimah.
Sebelum itu Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.