"Doakan ya..."- Tulang bahu isteri Ajak Shiro terkeluar
Gempak
September 7, 2018 20:00 MYT
September 7, 2018 20:00 MYT
PELAWAK Ajak Shiro meminta agar mendoakan kesembuhan isterinya, Afifah Amin yang dipercayai terkehel tulang bahu buat kali kedua.
Ajak berkata dia musykil tentang bagaimana bahu isterinya itu boleh 'terkeluar' lagi.
"Aku tak tahu la normal ke tak...Tapi bahu Ibu (isterinya) terkeluar lagiii.
"Doakan ya.." katanya.
Ajak berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Sebelum ini, Gempak ada melaporkan bahu isterinya terkehel kerana kemalangan yang tak disengajakan.
Rata-rata mendoakan agar isterinya segera sembuh.