'Doakan saya...' - Sophia Albarakbah komen putus cinta dengan Mr Doktor
Gempak
September 2, 2023 12:00 MYT
September 2, 2023 12:00 MYT
PELAKON Sophia Albarakbah, 30, enggan mengulas lanjut berkenaan dakwaan putus cinta dengan kekasih yang dikenali sebagai Mr Doktor.
Bagaimanapun, Sophia berharap dirinya dipertemukan dengan lelaki yang baik.
“Doakan saya dapat lelaki yang baik-baik itu sahaja.
"Saya okey, sekarang saya sibuk bekerja dan bakal ada filem yang akan menyusul.
“Kehidupan saya macam biasa, sama sahaja seperti sebelum ini.
“Saya terbuka sahaja, apa apa pun kami masih lagi kekal berkawan jadi jika kawan-kawan nak datang teman saya menghadiri acara, datang sahaja,” katanya.
Sophia ditemui media pada majlis Hari Merdeka bersama Viu Lokal Lah bertempat di Lalaport, Kuala Lumpur pada Khamis.
Mengulas mengenai kerjaya, Sophia berkata dia akan muncul dengan drama terbaharu berjudul From Saga With Love.
“Saya membawakan watak Bianca dan bergandingan dengan Siti Khadijah, Fimie Don, dan Ikmal Amry.
“Sebenarnya kami semua baru pertama kali bekerjasama dan tak pernah bertemu pun sebelum ini.
“Tapi bila sudah masuk set penggambaran, kami macam dah jadi kawan baik dan saya sangat gembira dengan keserasian kami ketika bekerja,” ujarnya.
Terdahulu, kisah cinta Sophia dan kekasihnya itu heboh diperkatakan sekali gus mencuri perhatian ramai.
Malah, pelakon filem Jerangkung Dalam Almari itu juga lebih terbuka berkongsi kisah cinta mereka termasuk membawa kekasihnya itu menemaninya ke pelbagai acara hiburan. -Gempak