'Doakan saya & keluarga' - Rhys 'Mat Salleh Cari Makan' positif COVID-19
Pa and Ma
Julai 31, 2021 07:06 MYT
Julai 31, 2021 07:06 MYT
SELEBRITI yang terkenal dengan video cari makan atau mesra dikenali sebagai Mat Salleh Cari Makan, Rhys William disahkan positif COVID-19 dan juga denggi.
Berita tersebut disampaikan sendiri olehnya melalui media sosial.
Lebih menyedihkan apabila isteri serta anak kecilnya turut disahkan positif COVID-19 dengan sedikit simptom.
“Positive Covid & Positive Denggi.
“Untuk pengetahuan semua, sejak minggu lepas saya dan family saya disahkan positif COVID.
“Nasib baik isteri dan anak hanya ada sikit simptom dan selamat berkuarantin di rumah.”
Hanya Rhys sahaja yang terpaksa dimasukkan ke hospital kerana berada di tahap tiga COVID-19 yang memerlukan rawatan susulan.
“Sebab simptom saya lebih teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru-paru (COVID category 3) – atas nasihat Dr saya masuk hospital untuk rawatan.
"Saya juga dapat tahu saya positif denggi sekali.”
Dia sempat meminta maaf jika ada tersalah kata dan sempat memohon doa ramai untuk kesembuhan buat dirinya dan juga keluarga.
“Kepada semua rakan-rakan dan follower-follower saya, saya ingin mohon maaf jika ada kekurangan ke kesilapan sepanjang kita kenal.
“Saya juga nak ambil peluang ni untuk ucap terima kasih kepada orang yang sentiasa support saya.
“Covid is real guys. Please pray for me and my family. Stay safe semua.”
Rata-rata rakan selebriti dan juga warga maya mendoakan kesihatan serta kesembuahn buat Rhys dan keluarga.
Rhys William, yang berasal dari United Kingdom telah lama menetap di Malaysia dan sangat fasih berbahasa Melayu.
Dia mendapat perhatian warga maya melalui video-video yang viral di YouTube dan juga Astro Naura kerana sentiasa menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama pertuturan.
Kredit: Rhys William
Artikel asal di Pa&Ma.
#Rhys William
#Mat Salleh Cari Makan
#anak dan isteri dijangkiti
#denggi
#COVID-19
#media sosial
#fasih berbahasa Melayu
#Simptom