'Doakan, insya-Allah' - Bakal bersalin bila-bila masa, PU Riz maklum Neelofa dah masuk wad

Gempak
Jun 30, 2023 17:40 MYT
PU Riz memaklumkan isterinya Neelofa bakal bersalin pada bila-bila masa. -Gempak
PENCERAMAH selebriti yang juga merupakan suami kepada Neelofa memaklumkan isterinya itu bakal bersalin pada bila-bila masa.
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memaklumkan berita itu ketika sedang mengendalikan sebuah program.
“Isteri dah hampir due. Doakan Insya-Allah,” maklumnya.
Dalam pada itu, rakan gandingannya iaitu Fakhrul Radhi memohon doa agar urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan Allah SWT.
“Tapi sanggup berkorban tu, datang juga. Insya-Allah, kita doakan segalanya dipermudahkan,” ujarnya.
Bagaimanapun PU Riz juga turut memaklumkan bahawa dia akan segera bergegas ke hospital untuk menemani Neelofa selepas selesai menjalankan tanggungjawab pada kerjanya.
“Korban tak korban. Selepas ini saya terus pergi,” maklumnya.
Terdahulu, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. -Gempak
#Neelofa #PU Riz #bakal bersalin #Muhammad Haris Mohd Ismail
;