'Django Unchained' masih laris

Astro Awani
Januari 19, 2013 12:58 MYT
Walaupun Spike Lee tidak menyukai filem "Django Unchained", ia tetap merupakan filem terlaris arahan Quentin Tarantino setakat ini.
Lee menyifatkan filem yang dibintangi oleh Leonardo Dicaprio itu tidak menghormati moyangnya.
Lee sebelum ini telah meminta orang ramai untuk tidak menonton filem itu, tetapi ia nampaknya telah membantu melariskan filem tersebut.
Filem ganas yang mengisahkan pembalasan dendam hamba itu berjaya mengutip USD129 juta (RM388 juta) sejak ditayangkan pada Krismas lalu.
Filem terlaris Tarantino sebelum ini, "Inglourious Basterds" berjaya meraih USD120.5 juta (RM361 juta) di Amerika pada 2009.
"Django Unchained" merupakan antara sembilan filem yang dicalonkan dalam kategori filem terbaik Oscar. Filem itu turut dibintangi Jamie Foxx, Christoph Waltz, Samuel L. Jackson dan Kerry Washington.
#Django Unchained #Leonardo DiCaprio #Quentin Tarantino #Spike Lee
;