Dituduh mandul, ini jawapan Anzalna Nasir
Gempak
November 2, 2018 14:35 MYT
November 2, 2018 14:35 MYT
PELAKON Anzalna Nasir tidak terkilan apabila menerima pelbagai komen kasar mempertikaikan keupayaannya untuk mendapatkan zuriat.
Kata Anzalna, 30 tahun, komen-komen sedemikian tidak melemahkan semangatnya dan akan membuktikan satu hari nanti kata-kata itu semuanya nista.
"Saya tak peduli pun orang nak cakap apa tapi saya tahu Tuhan itu merancang segalanya jadi bagi saya suatu hari mereka akan tahu.
"Kalau saya sendiri yang merancang saya bolehlah sentap dengan kata-kata sedemikian tapi ini semua ketentuan Allah.
"Go ahead nak kata apa pun, saya tak ambil berat pun orang cakap apa pun," katanya kepada Gempak.
Anzalna ditemui pada majlis penyampaian anugerah kepada saintis wanita sempena L'Oréal-UNESCO For Women in Science 2018 di W Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, jelas Anzalna dia tidak terlalu terburu-buru untuk mendapatkan zuriat memandangkan usia perkahwinannya dengan usahawan kacak, Hanif Zaki baru memasuki dua tahun.
"Saya sudah usaha tapi Allah tentukan.
"No rushlah, baru dua tahun kahwin, tak cukup lagi masau untuk bersama suami.
"Biar puas-puas bersama, ada baby lagi best. Apapun, doa yang terbaiklah," tambahnya yang turut menantikan kelahiran cahaya mata baru kakaknya, Diana Nasir pada Sabtu ini.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.