Dituduh kurang beradab dengan pekerja hotel, Asyraf Khalid jawab dakwaan

Gempak
Julai 4, 2023 13:19 MYT
Seorang pengguna Twitter mendakwa, Asyraf dan isterinya sering propa dan berlakon alim, bertentangan dengan sikap mereka yang sebenar. - Foto GEMPAK
TIADA angin tiada ribut, nama Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin tiba-tiba disebut netizen sebagai pasangan suami isteri yang kurang adab.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh seorang pengguna Twitter, Asyraf dan isterinya didakwa sering ‘propa’ dan berlakon alim, bertentangan dengan sikap mereka yang sebenar.
“Satu couple propa. Semua staff hotel Malaysia tau perangai dorang ni macam mana. Dekat media sosial acah-acah baik, alim.
“Dengan staff hotel rude nak mati. Bini sama, laki pun sama. CTDK ok jer, friendly lagi. Mamat ni dengan bini dia over pulak,” katanya.
Asyraf ketika dihubungi berkata, selagi mampu, dia cuba untuk menjaga hati semua orang yang ditemuinya.
“Kalau setahu saya, saya cuba lah sedaya upaya untuk hormat semua orang. Tapi kalau secara tak sengaja tak tau lah.
“Tapi kalau saya ada terguris hati sesiapa tanpa sedar, saya minta maaf lah,” katanya ringkas kepada Gempak. -- Gempak
#Asyraf Khalid #Tya Arifin #kurang beradab #jawab tuduhan
;