Dituduh berpesta sewaktu anak sakit: "Saya tiada masa layan 'haters'! ", jawab Kim K
Astro Awani
Januari 4, 2018 11:35 MYT
Januari 4, 2018 11:35 MYT
“SAYA tiada masa untuk melayan ‘haters’”.
Bintang TV realiti, Kim Kardashian berang apabila dituduh mengabaikan anaknya, Saint yang diserang pneumonia.
Dalam tweetnya, Kim, 37 tahun menegaskan bahawa dia tidak pernah meninggalkan anaknya itu walaupun seminit.
Tegas bintang itu, dia dan suami, Kanye West berada di hospital dari Rabu malam hingga Sabtu.
“Malam tahun baharu adalah pada malam Ahad. Orang ramai datang ketika dia (Saint) sudah pun tidur.
"Jangan cuba mempersendakan saya terutamanya membabitkan anak-anak saya,” tegasnya dalam tweet tersebut.
Netizen menuduh Kim berpesta malam tahun baharu diketika anaknya yang berusia dua tahun sedang sakit.
Kim menjelaskan, Saint diserang pneumonia pada penghujung tahun 2017.
Bagaimanapun, Saint telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.
Dalam pada itu, Kim turut berterima kasih kepada senua doktor dan jururawat yang menjaga merawat anaknya sehingga sembuh.
Dia turut menyifatkan ia satu pengalaman yang cukup membimbangkan.
#berpesta
#bintang realiti
#haters
#Hospital
#Kanye West
#Kim Kardashian
#netizen
#Saint
#tahun baru
#Twitter