Dituduh bergambar terlalu rapat dengan Ustaz Azhar Idrus, ini jawapan Uqasha Senrose...
Gempak
November 24, 2023 11:18 MYT
November 24, 2023 11:18 MYT
"KALAU bergambar dengan orang macam ustaz, ulama, janganlah terlalu rapat. Bagi ada ruang sikit antara kita dan ustaz.
"Hormati mereka dan elakkan dari timbul fitnah," demikian nasihat warganet kepada pelakon jelita Uqasha Senrose menerusi foto yang dimuat naik bersama pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus.
Ditegur kerana jarak yang dikatakan terlalu rapat, Uqasha yang lengkap bertudung dan menyarung jubah berwarna krim tampil menjelaskan situasi sebenar.
Kata Uqasha, sudut gambar yang dirakamkan pada momen terbabit sebenarnya secara tidak langsung menampakkan kedudukan mereka seperti yang didakwa netizen.
"Orang kanan kiri tolak-tolak, jadilah tak balance kami berdua. Tak perlu mulut memandai kalau tak ada dekat tempat tu.
"Angle dan sisi awak tengok tu, nampak macam tu. Saya tahu batas saya ya," jawab Uqasha.
Selain Uqasha, suaminya Kamal Adli turut tampil mengulas situasi berkenaan.
"Sabar yang lain.. kalau rapat sangat, saya yang tegur siap-siap dah.. itu camera angle saja.
"Jangan mudah nak menaip tu ya.. kalau rapat sangat pun lari dah ustaz tu. Sudahlah, cukuplah korang. Apa pun, ustaz terbaik. Insya-Allah," tulis Kamal.
Oleh demikian, Uqasha turut memuat naik hantaran lain daripada sudut berbeza yang menampakkan perbezaan jarak antaranya dan Ustaz Azhar.
"Ini dari sisi lain. Taknak orang fitnah cakap saya nak rapat tak tentu pasal. Haih macamlah manusia ni," tulisnya. - Gempak