Dituduh bantu Weinstein, muka Streep 'ditampal' di serata LA

Agensi
Disember 20, 2017 11:08 MYT
Muka Meryl Streep turut dilekatkan perkataan 'dia tahu', mendakwa peranan Streep dalam membolehkan Weinstein mendapatkan wanita yang ingin menjadi pelakon (foto: Keith Wagstaff/Mashable)
Dituduh bersekongkol dengan Harvey Weinstein untuk mendapatkan wanita muda untuk diganggu, poster dengan muka Meryl Streep ditampal di serata Los Angeles.
Muka Meryl Streep turut dilekatkan perkataan 'dia tahu', mendakwa peranan Streep dalam membolehkan Weinstein mendapatkan wanita yang ingin menjadi pelakon.
Aktres Asia Argento pada Oktober menerbitkan satu senarai dengan 82 nama wanita yang mendakwa Weinstein melakukan gangguan seksual ke atas mereka.
Streep mendakwa Weinstein memerlukannya, lebih daripada dia memerlukan Weinstein.
Weinstein, menurut Streep, perlukan karakter yang kredibel seperti Streep untuk menarik wanita ini.
Sehingga kini tidak jelas, siapakah yang menampalkan poster berkenaan, namun ia mempunyai kod QR dengan BTC ditulis di bawah poster itu.
Aktres Rose McGowan dalam satu kemaskini twitter menuduh Streep bersekongkol dengan Weinstein.
Rose McGowan kemudian memadam twitter tersebut.
#aktres #Asia Argento #gangguan seksual #Harvey Weinstein #Hollywood #Los Angeles #Meryl Streep #pelakon #Rose Mcgowan #Skandal Seks #Twitter
;