Ditonton 43juta orang, namun siapa Adele Dazeem?

Azyyati Ahmad
Mac 4, 2014 05:29 MYT
Semalam berlangsung Anugerah Akademi ke 86 dengan meriah, pengacaranya Ellen Degeneres berjaya menggamatkan suasana dengan gaya yang bersahaja.
Menurut ABC News, rancangan yang ke udara selama 3 setengah jam itu telah ditonton oleh lebih 43 juta orang.
Jumlah itu sekaligus menjadikan anugerah Oscar sebagai program (bukan sukan) yang paling banyak ditonton selepas rekod itu dipegang sedekad lalu oleh episod finale ‘Friends’ pada tahun 2004.
Mungkin ada yang masih ingat beberapa perkara menarik yang berlaku ketika anugerah berprestij itu ke udara.
Antara yang paling diingati adalah ketika pelakon tersohor, John Travolta melakukan kesilapan menyebut nama penyanyi Broadway dan Glee, Idina Menzel sebagai ‘Adele Dazeem’.
Kesilapan tersebut sangat jelas sehingga menyebabkan ianya menjadi buah mulut orang ramai di media sosial termasuk rancangan bual bicara, Conan.
Sehingga ada juga yang menghasilkan aplikasi ‘Travoltify Your Name’ (sebutan nama anda mengikut Travolta).
Paling menarik tweethandle ‘AdeleDazeem’ juga telah diwujudkan di Twitter dan dalam masa beberapa jam sahaja ia sudah mempunyai 16,000 pengikut.
Namun hari ini akaun tersebut telah pun digantung.

Yes, @AdeleDazim has a Twitter account now.

— Marcus Leshock (@marcusleshock) March 3, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Me and abby just watched john travolta mispronounce idina menzels name like 42 times in a row #adeledazim

— Rachel Brown (@rachhhelllll) March 4, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

To be fair, I laughed almost as hard at "Wick-ed-ly talented" as I did at "#AdeleDazim."

— Chris Serico (@ChrisSerico) March 3, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

If John Travolta Had To Pronounce Everyone’s Name At The Oscars http://t.co/dT4juwpLCq via @itslaurenyap #Oscars #AdeleDazim

— Esme Amy Cullen (@OhMyCarlisle) March 3, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Whenever I am down, I will just watch the clip of #AdeleDazim and all will be right again. https://t.co/hOVWazFa0n

— Guerrin Gardner (@guerrin) March 3, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, kesalahan Travolta itu sedikit pun tidak menganggu persembahan memukau Menzel ketika menyanyikan runut bunyi filem Frozen, Let It Go.
Idina Menzel
Selain daripada itu, Ellen yang sememangnya dikenali sebagai seorang pengacara ‘talkshow’ yang spontan mencipta beberapa momen menarik ketika menjayakan anugerah Oscar kali ini.
Dek kerana aksi spontan Ellen itu, budak penghantar pizza yang muncul bersama Ellen, Edgar Martirosyan menjadi popular sekelip mata.
Martirosyan juga menerima tip sebanyak US$1,000 bukan US$600 seperti yang diumumkan Ellen.
Siapa sangka jenaka Ellen mengenai pizza benar-benar direalisasikan apabila Martirosyan datang menghantar bersama beberapa kotak pizza dari Big Mama's & Papa's Pizzeria.
“Cuba teka? Pizza sudah sampai” katanya.
Kemudian, Ellen bersama Martirosyan mengagihkan makanan kegemaran rakyat Amerika itu kepada bintang –bintang ternama seperti Brad Pitt, Angelina Jolie, Sandra Bullock, dan ramai lagi.
Menurut laporan NY Daily News, Martirosyan yang juga merupakan pemilik Big Mama's & Papa's Pizzeria pada awalnya diberitahu bahawa dia diminta untuk menghantar pizza kepada sekumpulan penulis.
“Bila saya sampai di sana, Ellen menyuruh saya mengikutnya. Kemudian saya sedar, saya dah ada di atas pentas.
“Saya tak rasa berdebar, tapi seronok namun terkejut tak faham apa yang berlaku” imbau Martirosyan yang turut mengakui pengalaman itu membuatkan kedainya menerima ramai pelanggan.
Disebabkan perkara itu, Martirosyan dapat berjumpa dengan pelakon kegemarannya Julia Roberts.
Menurut Martirosyan juga, Ellen telah memesan 20 kotak pizza bersaiz besar pelbagai perasa pada malam itu.
Ellen sememangnya menjadi bualan ramai selepas mengacarakan anugerah Oscar, selain gambar selfie beramai-ramainya yang telah menerima tweet semula lebih dari sejuta pengguna Twitter.
Rekod lama tweet semula dipegang oleh gambar selfie Barack Obama.
#12 Years A Slave #Academy Awards #Alfonso Cuaron (Gravity) #Lupita Nyongo #Matthew McConaughey (Dallas Buyers Club) #Oscar