Ditinggal sejak usia 6 bulan, Reza Rahadian tidak terfikir cari bapa kandung

Gempak
Februari 3, 2024 18:33 MYT
Menurut Reza, dia dimaklumkan bapanya berada di Iran. -Gempak
REZA Rahadian mungkin sangat terkenal dan popular sebagai salah seorang aktor Indonesia yang disegani.
Kemasyhurannya membuat ramai yang tidak sedar Reza sebenarnya memiliki cerita jalan hidup yang kurang baik.
Bintang Layangan Putus itu diketahui hanya dibesarkan ibu selepas bapanya meninggalkan mereka berdua.
Reza baru berusia enam bulan sewaktu bapanya menghilang tanpa khabar berita.
Menurut Reza, dia dimaklumkan bapanya berada di Iran.
Namun sebagai anak yang tidak pernah mempunyai memori dan melihat sosok bapanya sehingga dia kini berusia 36 tahun, dia tidak pernah bertemu dan tidak terfikir untuk mencari keberadaan lelaki tersebut.
“Saya tidak mempunyai sebarang kenangan dengan bapa kerana ditinggalkan saat terlalu kecil, enam bulan.
“Jadi jujurnya saya tidak tahu bagaimana rasa kehilangan kerana saya tidak juga tahu rasa memilikinya.
“Dan saya juga tidak pernah mencari bapa saya sehingga sekarang.
"Terakhir saya tahu dia berada di Iran, kampung halamannya,” ujar Reza Rahadian sewaktu menjadi tetamu di YouTube HAS Creative seperti dilaporkan Kompas.com.
Reza Rahadian memiliki nama lengkap Reza Rahadian Matulessy. Bapanya dikenali sebagai Rahim merupakan bangsa Iran manakala ibunya, Pratiwi Widantini Matulessy, berdarah Ambon. -Gempak
#Reza Rahadian #cari bapa kandung #Pelakon popular Indonesia #bapa warga Iran
;