Disyaki masuk Syria secara haram, ahli kumpulan UNIC ditahan

Gempak
Disember 15, 2017 04:12 MYT
Kumpulan Nasyid UNIC yang kini berada di Syria untuk misi bantuan kepada pelarian dilaporkan ditahan pihak polis di sana.
KUMPULAN Nasyid UNIC yang kini berada di Syria untuk misi bantuan kepada pelarian dilaporkan ditahan pihak polis di sana.
Menerusi entri yang dikemas kini oleh ‘admin’ atau pengurus Instagram (IG) @unicofficials melaporkan UNIC ditahan kira-kira sejak 14 jam yang lalu dan masih tiada apa-apa khabar berita mengenai mereka.
Pengurus IG itu turut meminta agar semua mendoakan keselamatan dan kesejahteraan tiga ahli UNIC itu iaitu Fakhrul, Bazli dan Nakdi dengan hashtag #prayforunic.
Dalam entri sebelum itu, UNIC memuat naik foto passport mereka yang tertera cop meminta mereka merujuk ke mana-mana balai polis berdekatan dalam masa terdekat.
UNIC turut memuat naik video mereka bertiga dan memberitahu mereka disyaki pihak kastam cuba memasuki Syria secara haram dan bakal menyerah diri ke balai polis.
Bazli beberapa kali meminta agar rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan urusan mereka dipermudahkan.
UNIC berangkat ke Syria sejak lima hari lalu bersama Muslim Care Malaysia.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Bazli #Fakhrul #kumpulan nasyid #misi bantuan #Muslim Care Malaysia #Nakdi #pelarian #Syria #UNIC #unicofficials