Disyaki dijangkiti virus MERS COV, Yatt Hamzah dikuarantin seminggu

Gempak
Disember 13, 2018 14:00 MYT
Menerusi kemas kini semasa, Yatt berada dalam keadaan stabil dan ruangan komen Instagramnya dihujani doa daripada peminat. - Foto IG Yatt Hamzah
PELAKON Yatt Hamzah berkongsi keadaan terkini selepas menjalani rawatan apabila disyaki dijangkiti virus MERS COV selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.
Namun, pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Lumpur mendapati Yatt bebas daripada virus berbahaya itu namun terpaksa dikuarantin selama seminggu.
"Dekat seminggu dah Bonda senyap tak update apa-apa. Bonda demam panas mencecah 40°C sejak 7 Dis 2018 lalu selepas pulang dari mengerjakan Umrah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
"Mulanya doktor di Gleneagles Hospital, Ampang mengesyaki Bonda terkena virus MERS COV kerana bonda ada simptom-simptomnya dan baru pulang dari Arab Saudi.
"Maka Bonda dipindahkan ke HKL untuk pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan didapati negatif virus MERS COV.
"Alhamdulillah syukur Bonda bebas dari virus berbahaya itu. Tetapi doktor menyarankan Bonda berehat dan dikuarantin seminggu kerana anak-anak iaitu bayi @sucihayfaamedina & @sucihumairaiqlima juga turut demam. Mujur Kak Nia tak apa-apa," tulis Yatt menerusi akaun Instagramnya.
Menerusi kemas kini semasa, Yatt berada dalam keadaan stabil dan ruangan komen Instagramnya dihujani doa daripada peminat.
"Mohon doa semua yang baik hati agar Bonda dan anak-anak segera sembuh dan dilindungi dari segala bentuk mudarat yang nampak atau tidak. Terima kasih semua," tulis Yatt lagi.
Kami turut mendoakan kesejahteraan Yatt sekeluarga!
#HKL #MERS COV #virus #Yatt Hamzah
;