Disuruh buka tudung untuk kembali berlakon, ini jawapan pedas Mon Ryanti
Gempak
Oktober 15, 2018 16:00 MYT
Oktober 15, 2018 16:00 MYT
PELAKON dan penyampai radio Mon Ryanti menempelak cadangan segelintir individu yang meminta dia untuk membuka tudung untuk kembali berlakon.
Tegas Mon, dia terkesan dengan cadangan tidak masuk akal itu dan memohon agar tidak mempertikaikan pilihannya untuk berhijab.
"Eh! Zaman sekarang wanita berhijab pun boleh bawa watak macam okey!
"Antagonist boleh, ganas boleh, even penyanyi pun berhijab sekarang wey. Tak ada masalah bagi aku.
"Jangan mempertikaikan Mon berhijab... Yang tak berhijab setakat dahi licin bakat (tak seberapa) macam mana tu?
"Maybe beli followers untuk marketing sekarang," tegas Mon menerusi perkongsian status di Facebook peribadinya.
Malah kata Mon, dia percaya pada rezeki yang telah azali ditentukan oleh Allah.
"Alhamdulillah yes, terbukti rezeki dari Allah bukan dari korang...
"Mon percaya rezeki Allah dan ini aku buat come back dah tertulis!!!
"So, jangan nak suruh I buang my hijab bagai!" tambahnya yang pernah membintangi filem-filem seperti Hantu Dalam Botol Kicap, Keramat dan Aku Terima Nikahnya.
Dalam perkembangan lain, Mon kini kembali ke set penggambaran sebuah filem selepas berehat panjang untuk memberikan fokus membesarkan kedua-dua anaknya.