Diperintah jalani pemeriksaan di Hospital Bahagia, Hafidz Roshdi luah rasa rindu pada anak
Gempak
Mac 14, 2023 09:30 MYT
Mac 14, 2023 09:30 MYT
PELAKON Hafidz Roshdi mengaku dirinya amat merindui kedua-dua orang anaknya iaitu Humairah dan Umar.
Kata Hafidz, tiada sesaat pun untuk dia melupakan dua cahaya matanya itu.
Malah, dia turut berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa bersamanya dalam apa jua keadaan.
“Kepada kedua-dua anak-anak saya, Humairah dan Umar, abah rindu dan sayang anda berdua, Tidak pernah sesaatpun abah melupakan kalian.
“Buat keluarga saya terima kasih kerana menjadi tulang belakang saya dalam apa jua keadaan dan situasi. Saya ambil ujian yang berlaku hari ini dengan tabah dan akan terus melangkah ke hadapan setapak demi setapak,” ujarnya.
Dalam pada itu, aktor berusia 28 tahun itu meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu rumah tangganya yang sedang bermasalah bersama isteri, Nurul Shuhada.
“Kepada mereka di luar sana hentikan spekulasi dan tidak menyebarkan fitnah terhadap saya dan keluarga saya di media sosial yang anda sendiri tidak tahu kebenarannya.
“Teruskan mendoakan, mungkin dengan doa-doa yang baik daripada anda semuanya akan bertambah baik buat saya dan keluarga,” tambahnya.
Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintakan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Hafidz yang hadir ke mahkamah tersebut turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Nurul Shuhada.
Pada 2 Mac lalu, pelakon terbabit dipercayai menumbuk isterinya di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Sungai Buloh sebelum ditahan polis, bagi membantu siasatan kes.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ahli keluarga terdekat selepas difahamkan berlaku pertengkaran antara mereka berdua di kawasan tersebut.
Malah, Syuhada dilaporkan menerima 10 jahitan akibat cedera teruk selepas ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian pipi.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.