Dilucut mahkota Dewi Remaja, ini nasihat Janna Nick pada Haneesya Hanee
Gempak
Januari 18, 2019 12:37 MYT
Januari 18, 2019 12:37 MYT
PELAKON dan penyanyi Janna Nick tampil memberi nasihat kepada bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee yang ditarik semula gelaran tersebut ekoran video kontroversi mengenai dirinya baru-baru ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Janna berharap agar Hanee dapat mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan tidak terlalu memikirkan mengenai masalah tersebut.
"To Haneesya Hanee, anggap ni satu pengajaran for you to be a better person.
"Jangan stress over the same thing. Just move on, because if not it will lead you to depression and I hope that will never happen.
"Stay strong, don’t repeat and surround yourself with good people. Don’t simply trust anyone.LOL," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Janna dan berharap agar Hanee dapat menangani masalah yang dihadapi olehnya itu dengan baik.
Semalam, penarikan gelaran terbabit diumumkan menerusi sebuah sidang media yang diadakan oleh Nu Ideaktiv, pemilik jenama Dewi Remaja di pejabat mereka di Shah Alam, Selangor.
Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman menerusi sidang media tersebut menjelaskan, tiada penyandang gelaran Dewi Remaja 2018/2019.
Secara ringkas, tiada peserta yang ditabalkan sebagai Dewi Remaja untuk edisi kali ini memandangkan gelaran tersebut hanya dirujuk kepada satu pemenang sahaja.