Dikritik guna 'wedding registry', ini jawapan Yuna

Azyyati Ahmad
Julai 15, 2018 15:27 MYT
Yuna segera menerangkan bahawa kaedah wedding registry dan rsvp yang digunakan adalah hanya rakan-rakan rapatnya.
Tular di media sosial apabila penyanyi antarabangsa Yunalis Zarai mendedahkan bahawa dia dan suami, Adam Sinclair menggunakan kaedah ‘wedding registry’ untuk tetamu di majlis perkahwinannya.
'Wedding Registry' merupakan satu cara yang selalu digunakan di luar negara bagi memudahkan tetamu mencari hadiah perkahwinan yang diperlukan pengantin.
Sebelum itu, Yuna dalam satu muatnaik di Instagramnya memberitahu bagaimana dia merahsiakan cara balas jemputan (RSVP) perkahwinannya secara atas talian dan membuat senarai barangan keperluan rumah bagi pilihan tetamu jemputan.
GALERI GAMBAR: Indah bak kisah pari-pari pada resepsi Yuna-Adam
Bagaimanapun caranya itu, dikritik apabila dikatakan ia tidak sesuai dengan masyarakat timur yang lebih suka bersemuka membuat jemputan dan boleh menyusahkan tetamu yang lebih tua untuk menggunakan teknologi terkini.'

Sekadar pendapat. Kan lagi elok kalau bersemuka dengan saudara mara sahabat handai untuk jemputan kahwin. Yang mana jauh or tak sempat tu just atleast text them rite. Bcs time tu lah dapat bersua and mengeratkan silaturrahim.

— H A K I M (@hohohohakim) July 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun tidak cepat melatah, Yuna segera menerangkan bahawa kaedah wedding registry dan rsvp yang digunakan adalah hanya untuk rakan-rakan rapatnya.
Jelas Yuna, dia masih menggunakan jemputan cara lama bagi saudara mara yang lebih tua.

Since this has gone viral among Malaysians, pls use your common sense. ofcourse its not in our culture for pakcik/makcik to rsvp or buy gifts from registry, this was for our tech savvy friends! We personally/traditionally invited family members & happily received gifts frm them. https://t.co/wtJUoVcmyJ

— Yuna Zarai (@yunamusic) July 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

wedding registry: i made this for friends who understood what we wanted, but for all the family members and makciks i do things traditionally. you have to acknowledge its not in our culture. we still got pinggan mangkuk, towels etc & we love them!

— Yuna Zarai (@yunamusic) July 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

as for invites: obviously takyah la paksa makcik pakcik rsvp online lol this is for the tech savy friends laa. all family members my mom & i still personally handed wedding cards to them

— Yuna Zarai (@yunamusic) July 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun ia satu kaedah yang sudah lama digunakan dalam perkahwinan di luar negara, ada yang berpendapat perkahwinan di Malaysia sepatutnya menggunakan cara 'wedding registry' bagi memudahkan pihak pengantin dan tetamu.

Yuna's wedding invitation on another level! you're da bom! @yunamusic pic.twitter.com/0XC66xutaB

— sharifah aishah (@saishaahj) July 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Uuuu. I really love this idea. Never knew this exist. We just usually make a group and ask whats the bride or groom need most. An eye opener

— Tae Fake Love (@Radechizen_BTS) July 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Malaysians should really start making the wedding registry a trend tbh.

— ElJefe Lissa Angking (@LissaLaila) July 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yg ni mcm selalu baca dlm novel2 org putih. Ada wedding gift siap from certain shop. Guest tinggal purchase je

— NotYourBae (@WibiaIsla) July 13, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Adam Sinclair #kahwin #media sosial #perkahwinan #viral #wedding registry #Yuna
;