Dikerumuni peminat, Yuna diminta keluar dari MAC Pavilion

Kohilah Sekaran
Julai 16, 2015 14:51 MYT
Penyanyi tempatan, Yunalis atau lebih mesra dikenali Yuna kecewa kerana diminta keluar dari MAC Pavilion,Kuala Lumpur hanya kerana beberapa peminat mengerumuni kedai tersebut untuk bergambar dengan dia.
Penyanyi tempatan, Yunalis atau lebih mesra dikenali Yuna kecewa kerana diminta keluar dari kedai solekan MAC yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur hanya kerana beberapa peminat mengerumuni kedai tersebut untuk bergambar dengannya.
Memetik laporan ELLE, Yuna berkata; “Baru sahaja saya diminta untuk meninggalkan MAC Pavilion hanya kerana beberapa peminat memasuki kedai tersebut untuk bergambar dengan saya.”
"Saya tidak meminta layanan istimewa tetapi faham kadang-kadang perkara seperti itu berlaku dan saya jarang mengatakan tidak kepada peminat yang mahu mengambil gambar apabila saya membeli-belah," tambah Yuna.
Menurut Instagram penyanyi berusia 27 tahun itu, dia berada di pusat membeli-belah Pavilion bersama ibunya semalam untuk membeli-belah sempena Raya.
Walaupun dia mempunyai pengalaman yang tidak menyenangkan di kedai MAC, tetapi nampaknya dia berseronok membeli-belah di Coach dan UNIQLO.
#MAC #Pavilion #penyanyi #tempatan #Yuna
;