Didie Alias selamat lahirkan bayi lelaki

Astro Awani
Jun 27, 2014 06:29 MYT
Ini merupakan anak pertama buat Didie dan suaminya, Norisham Ismail
Pelakon dan pelawak, Didie Alias telah selamat melahirkan bayi lelakinya pada jam 3.35 pagi tadi di Pusat Pakar Universiti Malaya, Petaling Jaya.
Wajah ceria pelakon era 80an bersama anaknya itu telah dikongsi bersama oleh laman rasmi HLive.
Ini merupakan anak pertama buat Didie, 41 dan suaminya, Norisham Ismail sejak mendirikan rumah tangga kali kedua pada 2009.
Pelakon yang terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia, sebelum ini telah dikurniakan lima orang anak hasil perkahwinan pertamanya.

EKSKLUSIF! Tahniah @didiealias73 diatas kelahiran baby boy beliau jam 3.35 pagi tadi dari kami di #hlive pic.twitter.com/Va0BG2RV6a

— officialhlive (@officialhlive) June 27, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bersalin #Didie Alias #Norisham Ismail