Didie Alias hilang 5 ahli keluarga akibat COVID-19: 'Ya Allah kuatkanlah kami sekeluarga...'

Mingguan Wanita
Ogos 2, 2021 16:46 MYT
Didie juga memohon semua pihak agar sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan prosedur operasi standard untuk mengekang penularan wabak ini. - Gambar fail

WABAK COVID-19 sememangnya memberi impak yang besar apatah lagi buat mereka yang kehilangan ahli keluarga.

Terbaharu, pelakon Didie Alias menerusi perkongsiannya di akaun Instagram menyatakan rasa sedihnya apabila kehilangan lima ahli keluarga akibat wabak ini dalam tempoh singkat.

Bukan itu saja malah selebriti versatil ini juga masih trauma dan sedih dengan nasib malang menimpa insan tersayang, Didie juga akui semakin paranoid dengan situasi penularan wabak COVID-19 ketika ini.

“Innalillahiwainnailayhi raji’un. Ya Allah, kau kuatkanlah kami sekeluarga dengan dugaan COVID ini. Tak mampu dah aku nak cakap.

“Aku kehilangan seorang lagi ahli keluarga aku, sepupu rapat aku menghembuskan nafas terakhir angkara COVID ini," luah Didie dalam satu pautan di akaun Instagram peribadinya, baru-baru ini.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

“Mudah-mudahan syurga menjadi tempat rehatnya”

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ , وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ , وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ , وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَاب النّارِِ

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” tulis Didie.

Mohon jaga SOP
Didie juga memohon semua pihak agar sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

“Antara mangsa adalah insan yang rapat dengan saya. Bayangkan, kami sudah lama tidak berjumpa dan bagaimana perasaan apabila tiba-tiba dikhabarkan mereka sudah meninggal dunia," katanya memetik laporan Berita Harian.

“Wabak ini bukanlah sesuatu rekaan. Harapan saya semua orang dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar penularan wabak ini dapat dikekang,” katanya.

Artikel asal disiarkan di portal Mingguan Wanita.

#COVID-19 #Didie Alias #ahli keluarga #meninggal dunia #SOP #penjarakan fizikal #penjarakan sosial
;