Didakwa 'pancing seks' remaja lelaki: Pelakon Kevin Spacey mohon maaf

Agensi
Oktober 30, 2017 17:25 MYT
Spacey, 58, sebelum ini pernah memenangi anugerah Oscar menerusi filem "The Usual Suspects" dan "American Beauty". - Gambar fail
PEMENANG anugerah Oscar, Kevin Spacey memohon maaf kepada pelakon Anthony Rapp yang mendakwa Spacey pernah mencuba untuk ‘memancing seks’ daripadanya dalam satu insiden pada tahun 1986.
Ketika kejadian, Rapp hanya berusia 14 tahun dan pelakon Star Trek itu kini berusia 46 tahun.
Spacey menerusi laman Twitter berkata dia terkejut mendengar dakwaan Rapp itu namun mengaku tidak mengingatinya.
Beliau bagaimanapun tetap memohon maaf ‘sejujur-jujurnya’ kepada Rapp dan berkata sekiranya ia berlaku ia semuanya bepunca dari dari sikap buruk pemabuknya.
Rapp mendedahkan insiden itu sewaktu ditemuramah oleh agensi berita BuzzFeed pada Ahad.
Katanya dia hadir pada satu majlis yang dihoskan oleh Spacey sebelum tuan rumah itu membawanya ke bilik tidur.
Spacey kemudiannya menindihkan diri ke atas Rapp.
Mujur Rapp berjaya menolak Spacey yang kelihatan mabuk sebelum berangkat pulang.
Spacey, 58, sebelum ini pernah memenangi anugerah Oscar menerusi filem "The Usual Suspects" dan "American Beauty".
Dia kini muncul dalam siri "House of Cards".
Menerusi kenyataanya itu juga Spacey juga membuat pendedahan dia pernah menjalinkan hubungan bukan sahaja dengan wanita tetapi juga lelaki, sekaligus menamatkan teka-teki peminatnya selama ini.
#Anthony Rapp #filem #gay #homoseksual #Kevin Spacey #pelakon #remaja #seks
;