Didakwa guna pelaris, Aliff Syukri mahu ustaz bertaubat
Gempak
Februari 18, 2018 05:31 MYT
Februari 18, 2018 05:31 MYT
Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri dituduh menggunakan pelaris untuk menjual produk keluarannya.
Aliff membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya, @aliffsyukriterlajaklaris.
Aliff memuat naik paparan skrin mesej pertanyaan seorang peminat yang dilarang menggunakan produk keluaran Aliff oleh seorang ustaz.
Lebih buruk, ustaz tersebut mendakwa produk keluaran Aliff memakai 'pelaris'.