Dialog Kazar isu 'suami kahwin lain' kembali tular

Gempak
Januari 8, 2023 09:45 MYT
Potongan babak Kazar yang mendukung peranan Pak Samad dalam drama rantaian popular itu bersama Sean Lee (Dr Adam) bercerita tentang perihal rumah tangga pelakon utamanya Mia (lakonan Siti Saleha). -Gempak
DIALOG lakonan Kazar Saisi dalam drama "7 Hari Mencintaimu" tular di media sosial selepas pendedahan Syamsul Yusof mengahwini anak perempuannya, Ira Kazar pada Jumaat.
Potongan babak Kazar yang mendukung peranan Pak Samad dalam drama rantaian popular itu bersama Sean Lee (Dr Adam) bercerita tentang perihal rumah tangga pelakon utamanya Mia (lakonan Siti Saleha).
"Mia bahagia ke Pak Samad?" soal Sean dalam babak terbabit.
Ia kemudiannya dijawab selamba oleh Kazar dengan dialog berbunyi: "Mana ada isteri bahagia bila suami kahwin lain".
Dialog yang diucapkan Kazar itu seakan-akan kena dengan situasi semasa yang sedang hangat dibincangkan warganet sejak Jumaat lalu.
Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan telah selamat bernikah dengan wanita yang didakwa menjadi individu ketiga dalam rumah tangganya bersama Puteri Sarah iaitu Ira Kazar.
BACA: Syamsul Yusuf mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand
Turut tular gambar pernikahan Syamsul dan Ira termasuk Kazar yang menjadi wali kepada pasangan terbabit. -Gempak
#Syamsul Yusof #drama 7 Hari Mencintaimu #Kazar Saisi #dialog dalam drama
;