"Dia try puasa, tahan 5 jam je" - Amalina Bakri latih kekasih Mat Saleh berpuasa

Gempak
Mei 21, 2018 16:54 MYT
Dr. Amalina Bakri mendedahkan dia cuba melatih teman lelakinya untuk berpuasa. - Foto: @dramalinabakri
DOKTOR viral, Dr. Amalina Bakri mendedahkan dia cuba melatih teman lelakinya untuk berpuasa.
Jejaka kulit putih tinggi lampai itu bagaimanapun hanya mampu berpuasa selama lima jam sehari.
"Dia try puasa, lima jam je tahan. Kasihan dia," tulis Dr. Amalina dalam kapsyen entri terbaharu Instagramnya.
Dr. Amalina kini berada di Sepanyol untuk meluangkan masa bercuti dengan teman rapatnya itu.
Di Sepanyol, waktu siang yang lebih panjang memerlukan penduduk beragama Islam berpuasa dalam tempoh waktu antara 16 hingga 17 jam sehari.
BACA: "He is my boo" - Dr Amalina Bakri tayang boyfriend Mat Saleh persis 'Captain America'
BACA: 'Rugi belajar jauh-jauh? Saya selamatkan pesakit, apa yang anda buat?' - Amalina Bakri
BACA: "Stop this nonsense please!" - Dr Amalina Bakri enggan dilabel Kim Kardashian Malaysia
Usaha Dr. Amalina mendidik jejaka dari luar negara itu mendapat pujian dan sokongan netizen.
"5 jam? Dah kira bagus tu... Yang penting effort dia kan. Esok mungkin 7 jam," tulis @anita_adeq.
"Wah! Tak apa. Mula-mula memang puasa half day. Slow-slow," tambah @adiba.azhani.
"Good for you 5 hours, me only 2 hours! But my bae still cute for trying puasa," tulis @ayra_jw.
"Upah duit raya doktor. Cakap dia puasa penuh dapat seringgit sehari," saran @anina_taty.
Dr. Amalina yang kini sedang mengikuti latihan surgical di The Royal College of Surgeons di England mula memperkenalkan teman lelakinya sejak awal Mei lalu setelah diasak netizen.
Biar tidak mendedahkan identiti penuh teman lelakinya itu, netizen mendoakan jodoh pasangan itu berpanjangan.
Sementara itu, menjawab pertanyaan pengikutnya, Dr. Amalina bakal meraikan sambutan Syawal bersama ibunya di Paris, Perancis. - Teks oleh: Amri Hassan
#puasa
;