'Dia Semanis Honey' kata carian terhangat di Google Malaysia untuk Mei 2016

Astro Awani
Mei 31, 2016 18:12 MYT
Kisah Luna, seorang pengacara TV popular membawa diri ke sebuah kampung, dan bertemu seorang pemuda bernama Atan.
Berikut, senarai 10 kata carian 'terhangat' di Google Malaysia sepanjang bulan Mei 2016

1) Dia Semanis Honey
Siri drama baru 16 episod dibintangi Siti Nordiana dan Alif Satar di saluran Astro Ria, mula menemui peminat sejak 2 Mei.

2) Happy Mothers Day
Disambut pada 8 Mei.

3) Piala Thomas 2016
Denmark menjadi negara Eropah pertama memenangi Piala Thomas pada 22 Mei selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir.

4) Ucapan Hari Guru
Malaysia menyambut Hari Guru pada 16 Mei.
MESTI BACA: Penghargaan warga kerja Astro AWANI sempena Hari Guru

5) Egyptair
Nahas Egyptair MS804 pada 19 Mei.
MESTI BACA: Lapor Langsung Nahas EgyptAir MS804

6) X-Men Apocalypse/X-Men
Filem X-Men terbaru menemui peminat di Malaysia pada 19 Mei.

7) Antonov 225
Penghantaran kapal terbang terbesar di dunia dari Prague ke Perth, menarik perhatian orang ramai di Malaysia ketika singgah di KLIA.

8) Nisfu Syaaban
Carian untuk tarikh untuk hari ke-15 bulan Sya’ban.

9) Friday the 13th
Carian untuk mengetahui sejarah di sebalik kepercayaan bahawa hari Jumaat yang jatuh pada 13 haribulan, membawa malang.

10) Semakan UPU
Pelajar lepasan sekolah menengah menyemak status permohonan ke universiti-universiti tempatan.
#Antonov 225 #Dia Semanis Honey #EgyptAir #Google Top 10 #Hari Guru #Piala Thomas
;