'Dia orang yang baik, jangan buka aibnya, kasihan dia' - Awi Rafael
Gempak
Mac 15, 2019 14:59 MYT
Mac 15, 2019 14:59 MYT
PENYANYI Awi Rafael memohon orang ramai agar orang ramai berhenti daripada terus menghukum dan menyalahkan bekas tunangnya, Atikah Suhaime yang menjadi punca pembatalan majlis perkahwinan mereka.
Menurut laporan Harian Metro, Awi menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Atikah menjadi punca majlis yang bakal berlangsung Ahad ini dibatalkan.
"Dia orang yang baik. Jangan buka aibnya. Kasihan pada dia. Anggap saja apa yang terjadi ini sudah tidak ada jodoh.
“Sepanjang setahun ini dia bekerja keras. Pada akhirnya apabila wang sudah cukup, tapi ketentuan Allah kami tidak dapat bersama.
"Dalam perkara ini yang turut membabitkan keluarga, banyak pihak kena jaga. Apa yang penting, hormat dan jangan membelakangkan orang tua. Saya fokus pada ibu, dia dengan kedua ibu bapanya," katanya.
Awi berkata, dia percaya Atikah okey dan yakin dengan kelebihan dimiliki untuk terus berjaya dalam bidang seni.
Awi juga mengakui akan mengambil masa untuk berbaik dengan Atikah selepas apa yang terjadi.
“Apa saya buat selama ini untuk Allah. Tapi, apabila berlaku sebaliknya, saya sayu dan sedih. Saya sudah cuba tapi tidak berjaya. Namun, semangat saya tetap ada. Saya tidak akan mengalah dalam mencari cinta sejati. Mungkin aturan Allah lebih baik buat saya selepas ini.
“Saya percaya Atikah juga okey sebab saya lihat dia begitu positif dan bersemangat dengan kerja-kerjanya. Cuma, untuk mengatakan sejauh mana dia okey atau sebaliknya, itu membabitkan perasaannya sebagai wanita. Tidak semua boleh faham dengan apa saya rasa dan lalui ketika ini.
“Jika ditanya macam mana hubungan dengan Atikah selepas ini, apa boleh dikatakan perlukan tempoh untuk baik. Kalau nak tahu, sepanjang tempoh pertunangan kami susah berjumpa disebabkan kerjaya masing-masing. Apabila perkara ini terjadi, lagilah susah,” katanya.
Ditanya adakah keputusan membatalkan perkahwinan dibuat secara megejut, Awi berkata, perbincangan sudah dibuat beberapa hari lalu membabitkan pertemuan keluarga kedua belah pihak termasuk Atikah.
“Perkara besar seperti ini tidak boleh fikir satu hari. Lagipun, keputusan diambil selepas melihat perjalanan dalam tempoh setahun pertunangan kami. Cuma, baru-baru ini saja keputusan dibuat. Apa boleh dikatakan, jangan remehkan isyarat Allah.
“Sepanjang pertunangan, kami saling menghormati dengan kerjaya masing-masing. Kami lalui dengan penuh positif,” katanya.
Semalam, Awi dan Atikah mengejutkan ramai pihak apabila membuat pengumuman di Instagram masing-masing mengenai pembatalan majlis perkahwinan mereka.
Sumber: Harian Metro
#Ahad
#Atikah Suhaime
#Awi Rafael
#karier
#pembatalan majis perkahwinan
#percintaan
#selebriti tempatan