Di usia 50 tahun, ini doa Mas Idayu...

Gempak
Januari 11, 2019 10:00 MYT
KATA Mas Idayu, dia akan sentiasa berhati-hati dalam perjalanan hidupnya.
PADA usianya genap 50 tahun pada Khamis, penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu mendoakan semoga dirinya dijauhkan daripada musuh dalam selimut.
Sekalipun terbuka menerima kehadiran sesiapa sahaja dalam hidupnya, namun Mas Idayu sentiasa berhati-hati dalam perjalanan hidupnya.
"Semoga tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan," itu antara doa yang diucapkan Mas Idayu sempena sambutan hari jadinya ke-50 dalam entri Instagramnya.
Dalam masa sama, Mas Idayu berharap individu yang sentiasa berada di sampingnya akan selalu ikhlas.
"Di setiap genapnya 10 hari tahun baru, itulah hari bertambahnya usiaku hari kelahiran ku terima kasih Allah memberi pinjaman nafas ini hingga kini.
"Semoga mereka yang sentiasa di dekatku akan selalu ikhlas sayang padaku, tanpa ada keluh, kesah, dan rasa tidak ikhlas atau terpaksa menyayangi aku....
"Kerana di setiap waktu aku menerima sesiapa saja yang ingin hadir untuk bersahabat, menjadi saudara Islam yang sesungguhnya.
"Semoga di sekeliling hamba tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan!!
"Kerana hamba seorang manusia yang ikhlas menerima sahabat, untuk dijadikan saudara apa adanya ... hamba ikhlas walaupun siapapun menjadi teman hamba," tulis Mas Idayu.
#10 Januari #50 Tahun #hari lahir #Mas Idayu #penyanyi dangdut
;