"Di suatu hari kita pasti akan berpelukan" - Luahan hati Akim untuk arwah ibu
Gempak
Mei 7, 2018 23:17 MYT
Mei 7, 2018 23:17 MYT
LUAHAN hati vokalis Akim and The Majistret, Akim Ahmad untuk arwah ibunya membuatkan peminatnya sebak.
Menerusi entri terbaru yang dikongsi Akim di laman Instagram miliknya, penyanyi itu memuat naik foto kenangan bersama arwah ibu ketika mengerjakan ibadah Umrah beberapa tahun lalu.
"Di suatu hari kita pasti akan bertentangan, di suatu hari kita pasti akan berpimpin tangan, di suatu hari kita pasti akan berpelukan, di suatu hari kita pasti akan bercumbuan, di suatu kita akan tersenyum dan bergelak tawa bersama.
"Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya," tulis Akim di ruangan kapsyen.
Rata-rata pengikut Akim di laman Instagram turut berkongsi rasa sebak selepas membaca luahan hati yang ditulis oleh Akim.
Peminat juga turut mendoakan agar roh arwah ibu Akim ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Arwah ibu Akim Ahmad, Aminah Bahari disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pada 5 Mei lalu.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Akim