Di sebalik kontroversi, pameran seni Michael Jackson dibuka di Finland
Agensi
Ogos 20, 2019 06:32 MYT
Ogos 20, 2019 06:32 MYT
Meskipun berdepan kontroversi, pameran seni yang diinspirasikan oleh raja pop dunia Michael Jackson membuka tirainya di Finland pada Selasa.
Bagaimanapun, pihak penganjur pameran berkenaan menegaskan acara itu bukanlah satu 'sambutan' kepada penyanyi tersebut.
Pameran bertajuk "Michael Jackson: On the Wall" membawa hasil kerja lama dan baharu.
Antara artis terlibat ialah Andy Warhol, David Lachapelle dan Grayson Perry.
Pameran tersebut dianjurkan di galerI potret kebangsaan London tahun lalu dan kemudian dibawa ke Paris, Perancis dan Bonn, Jerman sebelum ke Helsinki.
Jackson meninggal dunia pada 25 Jun 2009.