Dewan Filharmonik Petronas anjur festival seni
Astro Awani
Ogos 29, 2013 09:52 MYT
Ogos 29, 2013 09:52 MYT
Untuk tahun keempat Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC akan menganjurkan DFP Seni Festival.
Sebagai pembuka tirai, Malam Melayu Klasik mempersembahkan Datuk Andre Goh dan Badan Kesenian Yayasan Warisan Johor pada 16 September.
Antara lagu-lagu yang bakal dibawakan termasuk Mas Merah, Pasir Roboh, Seri Mersing dan Di Ambang Sore.
Penyanyi asli berusia 66 tahun ini bakal ditemani Haziq selain Badan Kesenian Yayasan Warisan Johor.
Diangkat sebagai pentas bertaraf dunia, pihak penganjur turut menyajikan teater tradisional Mak Yong dalam usaha mengangkat budaya tradisi Malaysia.
Mak Yong Raja Besar Negeri Ho Gading menampilkan Pak Yong terkenal, Rosnan Abdul Rahman di samping kumpulan Mak Yong Kijang Emas JKKN Kelantan pada 20 September.
Selain acara lagu asli dan Mak Yong, DFP Seni Festival juga menampilkan Konsert Spectrum, MPO Rocks, dan MPO and All That Jazz.
Festival akan berakhir pada 22 September.