'Detektif Lim' Gerak Khas bernikah, Menteri Agama ucap tahniah
Astro Awani
Februari 17, 2021 14:51 MYT
Februari 17, 2021 14:51 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mendoakan pelakon drama bersiri kepolisian terkenal, Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah yang bernikah dengan pasangannya berbahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Dalam hantaran yang dikongsi di akaun media sosialnya, Zulkifli berkata, beliau terserempak dengan pasangan ini ketika selesai berurusan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada Selasa.
Farid Amirul atau lebih dikenali sebagai 'Detektif Lim' selamat bernikah dengan pasangan pilihannya di JAWI.
Gerak Khas yang diterbitkan oleh Datuk Yusof Haslam yang juga pemilik syarikat produksi Skop Productions merupakan antara drama yang cukup popular ketika ditayangkan di RTM.
Drama bersiri itu yang kini ditayangkan di sebuah stesen televisyen swasta sebelum ini turut dibintangi oleh Datuk AC Mizal, Abby Abadi, Deen Maidin selain Yusof Haslam, Erra Fazira, Norman Hakim dan ramai lagi.
#Detektif Lim
#Farid Amirul Hisham Abdullah
#pelakon
#Gerak Khas
#Yusof Haslam
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri