Deraian air mata Jin BTS, tamat latihan ketenteraan
Astro Awani
Jun 12, 2024 17:29 MYT
Jun 12, 2024 17:29 MYT
KUALA LUMPUR: Bintang mega K-Pop, Kim Seok-Jin atau Jin dari kumpulan bts, tamat latihan khidmat ketenteraan Korea Selatan, pada Rabu.
Jin yang juga ahli terawal kumpulan berkenaan menyertai latihan tentera, menyelesaikan tugas wajib dalam perkhidmatan itu.
Ini membolehkan jin kembali aktif dalam aktiviti muzik dan hiburan.
Jin muncul dari pintu pagar pangkalan tentera di daerah Yeoncheon di utara Korea Selatan, disambut oleh rakan sekumpulan J-Hope, V, RM, Jungkook dan Jimin.
Peminat menggantung sepanduk berwarna-warni di luar pangkalan.
Peminat diminta untuk tidak hadir, dan hanya terdapat beberapa penyokong yang tiba pagi ini di luar pangkalan tentera.
Agensi BTS, Hype mengumumkan pelepasan Jin di Weverse - platform media sosial peminat tegarnya pada awal minggu ini.
Korea Selatan mewajibkan semua lelaki di bawah 30 tahun untuk latihan tentera.
Media melaporkan ahli bts seterusnya yang akan menamatkan latihan ketenteraan ialah j-hope pada oktober akan datang.
Jin melaporkan diri untuk latihan ketenteraan pada Disember 2022 dan kepulangan beliau dan turut disambut dengan persembahan 'impromptu' kumpulan BTS di luar kem askar berkenaan.