PELAKON Redza Rosli selamat bernikah dengan aktres dan hos program Hlive iaitu Bella Hanna dengan sekali lafaz pada pukul 4.05 petang hari ini di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur.

Pasangan pelakon itu dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan iaitu Rosman Abdullah dan disaksikan oleh jurunikah Penolong Pendaftaran Perkahwinan Ustaz Mohamad Mustaqim Sarmuji serta dua orang saksi.


Sekali lafaz


Majlis pernikahan yang bertema serba putih itu dihadiri dalam 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, kenalan terdekat dan rakan selebriti meraikan pasangan mempelai.

Antara selebriti yang hadir iaitu Erysha Emyra, Datin Intan Najuwa, Sweet Qismina, Adam Lee serta Datin Elvina Mohamad.

Pada majlis itu, Redza menyerahkan mas kahwin RM3,000 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

asangan pelakon itu dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan iaitu Rosman Abdullah. - Foto Sinar Harian

Menariknya, pelakon Adam Lee menjadi salah seorang yang membawa dulang hantaran bagi pihak pengantin lelaki manakala aktres Elvina Mohamad membawa dulang hantaran pihak pengantin perempuan.

Manakala wang hantaran, pasangan tersebut memilih untuk merahsiakan.

Untuk rekod, Redza pernah bergandingan dengan isterinya menerusi drama siri Luruhnya Bunga Cinta.

*Artikel disiarkan di Gempak