Dengan cincin berlian sebesar 'ibu jari', Jennifer Lopez dilamar Alex Rodriguez
Agensi
Mac 10, 2019 12:35 MYT
Mac 10, 2019 12:35 MYT
IKON muzik antarabangsa Jennifer Lopez (JLo) dan pemain besbal terkenal Amerika Syarikat (AS), Alex Rodriguez (A-Rod) akhirnya bertunang selepas berpacaran lebih dua tahun.
Kedua-dua selebriti itu berkongsi berita kegembiraan mereka di laman sosial Instagram milik mereka.
“Dia (Jennifer) kata 'setuju',” tulis Rodriguez sambil memaparkan gambar jari JLo dengan sebentuk cincin bersama berlian hampir sebesar ‘ibu jari’.
JLo turut berkongsi gambar yang sama dengan catatan lebih ringkas bersama tanda 'sayang'.
Pasangan itu baharu sahaja menyambut ulang tahun bersama pada 4 Februari lalu dengan Rodriguez yang juga bekas pemain Seattle Mariner, Texas Ranger dan New York Yankee itu berkongsi mesej cinta.
“Hanya 730 hari, masa berlalu pantas, seperti kita telah bersama selama-lamanya. Kita ditakdirkan bersama dan sejauh mana engkau bermakna buatku tidak dapat diungkap dengan dengan kata-kata,” tulis Rodriguez.
Lopez dan A-Rod pertama kali bertemu di Shea Stadium di Queens pada 2005, sewaktu Jlo dijemput untuk membuat ‘pitch’ pembukaan perlawanan.
Lopez popular dengan lagu-lagu seperti “Jenny From The Block,” “Love Don’t Cost a Thing” dan “Waiting for Tonight.”
Rodriguez pula beraksi lebih 22 musim dalam perlawanan liga sebelum bersara dari kelab Yankees pada 2016.
#A-Rod
#Alex Rodriguez
#Bertunang
#cincin berlian
#dilamar
#Instagram
#Jennie From The Block
#Jennifer Lopez
#JLo
#New York Yankee
#perkahwinan
#selebriti