Deng Lun, wajah baru bagi jenama Bally

Asyraf Roslan
Februari 21, 2019 15:11 MYT
Deng Lun merupakan duta lelaki Asia-Pasifik yang pertama untuk jenama Bally bagi tahun 2019 - Instagram Bally
JENAMA terkenal Bally telah mengumumkan pelakon china, Deng Lun sebagai duta mereka yang baru.
Deng merupakan duta Asia Pasifik bagi jenama itu yang pertama buat 2019.
Ini merupakan kempen fesyen antarabangsa yang pertama buat pelakon berusia 27 tahun yang popular menerusi drama TV fantasi hit, Ashes Of Love pada 2018.
Menurut Deng, dia merasakan jenama tersebut amat sesuai dengan dirinya dan amat menyukai rekaan dari jenama tersebut.
"Saya sangat suka jenama ini (Bally) kerana gayanya yang berkualiti tinggi dan mudah. Dalam masa sama saya sememangnya suka dengan produk kulit dan reka bentuk Bally adalah sangat hebat," katanya kepada E news Asia.
Bagi kempen sulungnya bersama Bally, Deng digandingkan bersama Model Australia, Charlee Fraser.
Sebelum Deng, pelakon China, Tang Yan juga bertindak jurucakap Bally pada 2017.
#Asia #Duta Bally #fesyen #model #pelakon
;