Dendangan penyanyi buta dan autistik menawan hati penonton

Nailah Huda
Mei 30, 2019 13:33 MYT
Kodi Lee yang menyanyikan lagu 'A Song For You' sambil disertai petikan piano mendapat reaksi luar biasa daripada kesemua empat juri serta semua penonton di dewan itu di program America's Got Talent. - Youtube/America's Got Talent.
KODI LEE, 22 tahun, menjadi bintang semalaman apabila persembahannya di program America’s Got Talent menambat hati audiens di lokasi persembahan malah jutaan lagi yang menontonnya di televisyen dan YouTube.
Dendangan lagu A Song For You oleh Kodi itu bukan sahaja mengagumkan kerana suaranya yang merdu, tetapi ramai yang terkejut kerana Kodi boleh bermain piano dengan baik walaupun dia merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan dan juga autistik.
Sampaikan pengacara terkenal, Oprah Winfrey, menjadi salah seorang peminat yang bersorak meskipun hanya menonton persembahan Kodi dari kediamannya.

Loved this moment so much! Stood up and cheered in my living room. #KodiLee #AmericasGotTalent https://t.co/oRRAbH3mO0

— Oprah Winfrey (@Oprah) May 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ibu Kodi, Tina, yang mendampingi anaknya ke atas pentas berkata bahawa anaknya telah jatuh cinta pada muzik dan telah membentuk kemahiran menyanyi sejak kecil lagi.
Tambah Tina, dia mula menangis apabila kali pertama dia mendengar anaknya menyanyikan lagu, dan sejak itu dia menyedari bahawa anaknya memiliki bakat sebagai penghibur.
“Muzik seolah-olah menyelamatkan hidup Kodi kerana melalui muzik dan persembahan, dia dapat meneruskan kehidupan di dunia ini yang amat sukar bagi orang autistik,” jelas ibunya.
Kodi lahir dengan mengakami hypoplasia saraf optik dan pernah menjalani pembedahan kritikal seawal usia 5 hari, serta disahkan autistik sejak kecil lagi.
Namun, kesusahan itu tidak pernah menghalang penyanyi itu daripada mencapai impiannya.
“Kodi terus berusaha untuk menjayakan karier muzik dan impiannya untuk menjadi seorang bintang rock yang menghibur ribuan peminat," kata Tina.

Kodi Lee beats autism and blindness with his golden voice that wins him the golden buzzer IM CRYING SO MUCHH MY HEARTTT pic.twitter.com/C6mMbBhMX6

— Jenny Jusuf (@JennyJusuf) May 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dendangan lagu yang pernah dipopularkan Leon Russel dan Donny Hathaway itu mendapat reaksi terkejut daripada kesemua empat juri - Simon Cowell, Julianne Hough, Gabrielle Union dan Howie Mandel.
Kata Howie kepada Kodi, “Kesemua empat juri dan semua orang dalam dewan ini berdiri melihat persembahan itu. Kamu sangat menakjubkan.”
Anda boleh saksikan America's Got Talent di siaran AXN (701) dan AXN HD (731) mulai 30 Mei, setiap Khamis pada jam 8 malam.
#AGT #America's Got Talent #Kodi Lee #Oprah Winfrey #simon cowell
;