Demi Lovato terpaksa memakai tongkat dengan kaki kanannya disimen akibat tergelincir kerana lantai licin.

Kejadian tersebut berlaku di rumahnya minggu lepas.

Lovato berkongsi bersama peminat dalam laman Twitter miliknya serta memuat naik gambarnya yang bertongkat.

Dia juga menulis “Jangan sekali-kali membenarkan teman sebilik anda membersihkan lantai menggunakan Pledge".

Walaupun mempunyai rumah agam, penyanyi dan pelakon berusia 20 tahun ini lebih senang tinggal di kediaman biasa selepas keluar dari pusat pemulihan pada Januari 2011.

Lovato pernah berdepan dengan isu keyakinan diri dan imej tubuh badan dan dia kini lebih fokus pada cara hidup yang lebih sihat.