Demi Lovato masuk hospital, ini reaksi Joe Jonas...

Gempak
Julai 25, 2018 21:39 MYT
Bekas teman lelaki Demi, penyanyi Joe Jonas telah mengajak peminatnya memberi sokongan dan mendoakan kesihatan Demi.
INDUSTRI hiburan digemparkan dengan berita penyanyi terkenal Hollywood, Demi Lovato yang dimasukkan ke hospital kerana penyalahgunaan dadah.
Bekas teman lelaki Demi, penyanyi Joe Jonas telah mengajak peminatnya memberi sokongan dan mendoakan kesihatan Demi.
"Sepertimana anda semua, saya juga sedang memikirkan keadaan Demi Lovato sekarang, dia amat memerlukan sokongan dan doa dari kita semua," tulis Joe di akaun Twitter miliknya semalam.
Walaupun telah berpisah, Joe dan Demi mengakui bahawa mereka masih berkawan baik dan kedua-duanya selesa dengan keadaan itu. Teks : Asraf Aided Sumber : Twitter Joe Jonas
#Dadah #Demi Lavato #Hollywood #Hospital #Joe Jonas
;