"Demi Allah, demi bapak, saya hadiahkan hijab Ini" - Norish Karman

Gempak
Februari 27, 2018 18:04 MYT
"saya sedang memperbaiki diri, kerana saya tahu Allah nak lebih daripada apa yang sedang saya bawa," kata Norish.
PELAKON Norish Karman akhirnya mengumumkan dia telah berhijab sepenuhnya pada 23 Februari lalu.
Tegas Norish, keputusannya untuk kekal dengan imej berhijab bukan disebabkan alasan perniagaan atau promosi produk.
"Untuk makluman semua, ini imej saya bermula 23 Februari 2018. Tetap sepertimana dalam doa-doa saya sebelum ini.
"Saya tidak berhijab kerana mahu menjual tudung, promosi produk dan tak perlu lagi menyunting gambar-gambar saya yang menampakkan bahagian rambut.
"Bukan juga kerana mahu berfesyen, menutup leher berkedut atau rambut yang semakin berkurang. Ia salah dari segi prinsip dan agama!
"Seperkara saya tahu, saya sepatutnya melakukannya (berhijab) sejak sekian lama," tulis Norish di Instagramnya.
Tambah penyampai berita sebuah stesen televisyen tempatan itu, keputusannya berhijab dibuat apabila Allah mendengar doanya dan bapanya, Karman Sukarjo.
"Selepas beberapa sesi 'perbincangan' dengan Maha Pencipta, saya mendapat keberanian untuk kekal imej ini.
"Demi Allah, demi Bapak sebagai hadiah hari jadinya 23 Februari lalu, jadi saya hadiahkan hijab ini untuk Bapak.
"saya sedang memperbaiki diri, kerana saya tahu Allah nak lebih daripada apa yang sedang saya bawa," tambah Norish.
Norish juga memohon doa daripada peminatnya untuk terus istiqamah dengan penghijrahan tersebut.
#Allah #anak #berhijab #hidayah #Islam #Norish Karman #pelakon
;