Demam jejas persembahan, Hasnol peserta sulung meninggalkan GegarVaganza

Gempak
November 24, 2014 11:32 MYT
Demam jejas persembahan, Hasnol peserta sulung meninggalkan GegarVaganza
Hasnol peserta pertama meninggalkan pentas Gegar Vaganza pada minggu kedua, bertemakan 'Idola' yang disiarkan sebentar tadi (Ahad).
Pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan 10 peserta layak meneruskan persaingan ke minggu ketiga menjadikan dua peserta lagi iaitu Hasnol dan Sam Innuendo berada dikedudukan terendah.
Nasib tidak menyebelahi penyanyi yang pernah popular dengan lagu berjudul 'Laguku Untukmu' itu apabila fotonya terpapar di skrin gergasi sebagai peserta yang terpaksa menamatkan perjalanannya pada minggu kedua Gegar Vaganza.
Hasnol atau nama sebenarnya Hasnol Rahmat tenang selepas mengetahui dia peserta sulung disingkirkan juri.
"Nombor satu, malam ni saya demam. Nombor duanya saya batuk. Nombor tiganya selsema teruk. Tapi Alhamdulillah semuanya lepas dan saya berterima kasih kepada pihak produksi Gegar Vaganza dan juga Astro serta kesemua juri," katanya.
Hasnol telah memilih untuk menyanyikan lagu idolanya, Chakra Khan berjudul 'Harus Terpisah'.
Bagaimanapun bagi Astro Gempak, Hasnol telah memberikan persembahan yang baik walaupun terganggu dengan masalah kesihatan.
Pada minggu hadapan, tinggal 11 peserta lagi akan terus bersaing untuk merebut gelaran juara.
Siapa peserta yang bakal mengikut jejak Hasnol? Saksikan Gegar Vaganza setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Astro Mustika HD (saluran 134).
#GegarVaganza #Hasnol
;