Baby Shark mengetepikan lagu-lagu popular tempatan lain seperti Terus Mencintai nyanyian Siti Nordiana, Kisah Ku Inginkan nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika dan juga lagu rock kapak Bunga Larangan (UG14).
Tetapi bagaimana 'demam' Baby Shark Doo Doo ini bermula?
Lagu ini merupakan sebahagian daripada siri Baby Shark yang dilancarkan ‘start-up’ pendidikan Korea, SmartStudy melalui jenama Pinkfong pada 2015.
Baby Shark Doo Doo menjadi tular selepas beberapa kumpulan K-Pop seperti Girl’s Generation, Red Velvet dan Blank Pink yang membawakan lagu ini ketika persembahan di program televisyen dan juga konsert mereka.
Walaupun sudah setahun dimuat naik ke platform YouTube, namun belum ada tanda-tanda fenomena lagu ini akan reda.
Menurut laporan Forbes, 65 peratus keuntungan kandungan digital Pinkfong dijana luar dari Korea.
Syarikat itu menjangkakan pendapatan daripada YouTube akan meningkat sebanyak 30 peratus pda tahun 2017 selepas ianya menjadi kegilaan seluruh dunia.