Deepika Padukone, Ranveer Singh pilih 10 November
Sinar Harian
September 27, 2018 09:40 MYT
September 27, 2018 09:40 MYT
PELAKON popular Bollywood, Deepika Padukone dan pasangannya, Ranveer Singh dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan pada 10 November ini.
Menurut laporan Times of India, pasangan ini memilih Itali sebagai lokasi untuk melangsungkan perkahwinan.
"Mereka akan melangsungkan perkahwinan di Itali dan kini segala persiapan sudah dilakukan."Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput untuk meraikan hari bahagia pasangan itu.
"Mereka memilih 10 November ini kerana itu merupakan tarikh paling sesuai untuk kedua-dua keluarga," kata sumber.
Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan Deepika dan Ranveer telah melangsungkan majlis itu secara tertutup di sebuah pulau di Sri Lanka.
Namun, perkara itu dinafikan oleh pihak pengurusan mereka.