Dedah wajah anak ketiga, Alif Satar pilih nama Muhammad 'Ali
Gempak
September 21, 2019 12:00 MYT
September 21, 2019 12:00 MYT
PENYANYI dan hos Big Stage, Alif Satar bersama isterinya, Shadila Halid memilih nama Muhammad ‘Ali untuk cahaya mata ketiga mereka.
Nama putera sulungnya itu dikongsi Alif menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya hari ini.
Selain nama, entri tersebut juga turut disertakan dengan foto comel ‘Ali.
“Assalamualaikum, Muhammad ‘Ali… Terima kasih pada semua yang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, setiap doa anda sangat bermakna bagi kami.
“I read all of your comments and I pray that Allah S.W.T grant all of your doa’s for all of us. He had just a little trouble breathing but is now getting so much better, thanks to all the medical staff at @pantaihospitalkualalumpur. Can’t wait to take ‘Ali home in a few days! #FutureMessageForMuhammadAli,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya memuji kecomelan anak lelakinya itu.
“Waalaikumsalam baby ‘Ali... So cute!” komen @sr.nadzirah
“Overloaded cute... Stay cool young man same as your father...” tulis @einn_salleh
Terdahulu, Alif dan Shadila telah berkahwin pada 15 September 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.