Dayang Nurfaizah bakal Muse Rizalman untuk 2020

Gempak
April 5, 2019 12:00 MYT
Sebagai menghargai hubungan persahabatan selama dua dekad, Dayang Nurfaizah menjadi pilihan pereka fesyen, Rizalman Ibrahim sebagai muse.
PEREKA fesyen ternama Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan pemilihan penyanyi ternama Dayang Nurfaizah sebagai 'muse' untuk rekaan Rizalman for Zalora 2020.
Menurut Rizalman, pemilihan penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Teragung itu sebagai meraikan persahabatan mereka yang sudah terjalin selama 20 tahun mejelang 2020.
Muse atau dalam pemahaman mudah merupakan personaliti yang dipilih sebagai model bagi musim peragaan fesyen rekaan pereka ternama.
Rizalman dikenali segai pereka fesyen tersohor negara dan setiap tahun beliau sentiasa mencipta kejutan dalam rekaan-rekaannya.
Sebagai pereka terbaik negara, Rizalman sering menjadi pilihan wanita-wanita kenamaan untuk menghasilkan magis dalam fesyen yang digayakan mereka.
#Dayang Nurfaizah #pereka fesyen #Rizalman Ibrahim
;