David Beckham sumbang 23 juta Pound untuk jenama fesyen Victoria Beckham

Gempak
Januari 28, 2019 08:00 MYT
DEMI kasih dan sayang pada isteri, David Beckham membantu perniagaan fesyen isterinya, Victoria Bechkam dengan menyuntik sejumlah bantuan kewangan. - Gambar fail
BEKAS pemain bola sepak England, David Beckham telah menyumbangkan sebanyak £23 juta (RM125 juta) kepada perniagaan fesyen isterinya, Victoria Beckham sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Menurut sumber, Victoria telah memfailkan kerugian sebanyak £10 juta (RM54 juta) pada hujung tahun 2017.
Namun begitu, David telah menyumbangkan wang secara berperingkat dan sehingga kini, jumlahnya telah mencecah £23 juta.
Laporan portal Dailymail menyebut, jenama mewah berkenaan difahamkan telah mengalami kerugian sejak tahun 2008 namun tidak diketahui umum.
Antara figura terkenal yang sering menyarung helaian Victoria Beckham adalah Lady Gaga, Meghan Markle dan Kendall Jenner, namun pengaruh mereka tidak mampu memulihkan kewangan jenama terbabit.
#dailymail #David Beckham #England #fesyen #Victoria Bechkam