Datuk Yahya Sulong selamat dikebumikan

Astro Awani
Februari 7, 2013 21:08 MYT
Jenazah pelawak terkenal Allahyarham Datuk Yahaya Sulong selamat dikebumikan di kampung isteri pertamanya di Teluk Intan petang Khamis.
Jenazah Allahyarham tiba di Kampung Bahagia kira-kira pukul 12 tengah malam Rabu diiringi oleh beberapa sahabat seperjuanganya Meor Ahmad Zaudi, S. Sahlan serta Sharipah Aminah Syed Abdullah.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Kampung Selabak untuk disembahyangkan selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak Jalan Sultan Abdullah Teluk Intan.
Rakan-rakan dan ahli keluarga Allahyarham yang turut hadir pada majlis pengebumian berharap para peminat Allahyarham mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T
#datuk yahya sulong #meninggal dunia
;