Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal hadir dengan single terbaharu
Asyraf Roslan
April 30, 2019 09:45 MYT
April 30, 2019 09:45 MYT
Selepas kejayaan single Anta Permana, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal hadir dengan satu lagi single terbaharu.
Apa yang istimewanya lagu baharu ini ialah, lagu kerohanian yang sudah selesai dirakam itu merupakan trio Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama dua penyanyi dari negara jiran, Singapura dan Indonesia.
Namun menurutnya, beliau tidak boleh mendedahkan siapa dua orang artis yang akan terlibat dalam pembikinan lagu tersebut.
"Siapa artis-artis yang terlibat saya tak boleh cakap sekarang, Universal dan Apple Music sendiri yang akan membuat pengumuman," katanya selepas pelancaran koleksi terbaharu Creacion & SimplySiti by Siti Nurhaliza di Kelab Petroleum Malaysia, Kuala Lumpur pada Isnin.
Tambahnya lagi, beliau sangat teruja dengan koloborasi ini kerana ia merupakan gabungan buat pertama kali mereka bertiga menerusi lagu kerohanian yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Dalam pada masa sama, Siti juga memberitahu bahawa untuk bulan Ramadhan yang akan tiba beliau akan lebih memfokuskan kepada perniagaan dan juga keluarga tercinta.
#Datuk Seri Siti Nurhaliza
#Indonesia
#Kuala Lumpur
#lagu baharu
#Malaysia
#Ramadan
#Singapura
#Siti Nurhaliza